-->

30 July 2012

Makan Secara Sihat Di Bulan Ramadhan



AssalamualikuM

CikRuby saje nk share untuk kebaikan bersama
"sesungguhnya,  2 nikmat yang manuasia slalu lupa adalah nikmat SIHAT & masa "

Kepentingan berpuasa untuk kesihatan

# Puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga 
serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
# Dari segi kesihatan, berpuasa adalah penting untuk 
merehatkan sistem penghadaman setelah 11 bulan bekerja.
# Berpuasa juga boleh :
-Mengurangkan berat badan.
-Merendahkan paras kolesterol darah.
-Merendahkan kandungan gula dan trigliserida dalam darah.
-Merendahkan tekanan darah.
# Nabi Muhammad SAW juga ada menyebut 
"perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit dan amalan
 pemakanan yang betul adalah sumber ubat".

Khasiat dan kebaikan buah KURMA

# Mengandungi hanya 60 kalori bagi 3 biji buah kurma bersaiz sederhana.
# Mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin A, C, B1 & B2. 
Ini membekalkan nutrien penting untuk tubuh.
# Mengandungi gula ringkas seperti fruktosa dan dekstrosa
 yang bertindak sebagai 
tenaga segera yang mampu mengembalikan tenaga dan 
mencergaskan badan dengan cepat.
# Kaya dengan serat.  

Panduan pemakanan SEMASA BERBUKA

# Jangan gelojoh semasa berbuka. Seelok-eloknya berbuka mengikut sunnah.
# Mulakan dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong.
# Jika perlu, ambil hanya 1 gelas minuman manis semasa berbuka.
# Bersederhana dalam pengambilan makanan. 
Jangan makan berlebihan atau mengikut nafsu.
# Kurangkan pengambilan makanan yang boleh memudaratkan seperti 
makanan yang berlemak, berminyak, tinggi garam dan tinggi gula.

Panduan pemakanan SEMASA SAHUR

# Ambil makanan yang mengenyangkan seperti nasi, roti atau oat.
# Ambil buah dan sayur.
# Minum air secukupnya.
# Lewatkan waktu bersahur.


AMALAN PEMAKANAN yang MEMUDARATKAN di bulan puasa

# Makan berlebihan semasa berbuka. 
Ini boleh meningkatkan berat badan walaupun di bulan puasa 
dan malas untuk melakukan ibadat.
# Makan makanan berat semasa moreh dan tidur sejurus selepas makan. 
Ini boleh mengakibatkan ketidakhadaman.
# Minum banyak air manis semasa berbuka dan bersahur.
Ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah 
dan boleh memudaratkan terutamanya bagi pesakit diabetis.
# Kurang mengambil buah dan sayur. 
Ini boleh mengakibatkan sembelit.

PANDUAN membeli atau menyedia JUADAH BERBUKA

Memandangkan kita membeli dalam keadaan lapar, 
nafsu membeli perlu dikawal dan elakkan pembaziran dengan :
# Membuat catatan senarai makanan yang perlu sahaja untuk dibeli.
# Mengutamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan 
ataupun menggunakan minyak secara minima.
# Mengurangkan membeli kuih-muih yang manis serta bubur manis.
# Mengelakkan membeli air minuman yang dijual. 
Sebaik-baiknya, sediakan sendiri air minuman di rumah.
# Masak sendiri  makanan untuk berbuka puasa dan 
elakkan makan atau berbuka di luar seperti di hotel dan restoran. 
Dengan cara ini, kita dapat mengawal pemakanan di samping 
menghadkan penggunaan minyak dan garam di dalam masakan.
# Jika membeli di luar, pilih gerai yang bersih dan makanan yang bertutup.

TAMAT

terima kasih kerana membaca, share la pada keluarga kawan & insan tersayang.
marilah sama-sama kita amalkan makan secara sihat untuk sihat sepanjang hayat.
sumber: Portal Rasmi KKM

WassalaM

No comments:

Post a Comment

ღ suke CikRuby ღ