-->

26 December 2012

#9 Wordless Wednesday : dalam kenangan.

19/06/11
21/06/12
02/07/12
02/07/12
01/09/12
26/12/12
** daripada Allah dia datang, kepada Allah dia pergi...

09 December 2012

A DAY FULL OF SURPRISES.

AssalamualaikuM

Alhamdullillah, CikRuby dah graduate. Alhamdullillah, juga majlis dah selesai. Alhamdullillah, sebab BUAH HATI ade di samping CikRuby tadi. kesian mereka, penat. Alhamdullillah, Alhamdullillah, Alhamdullillah. 

Convocation? inilah yang ditunggu oleh semua yang bergelar mahasiswa/mahasiswi termasuklah CikRuby kan. setelah 3 tahun, penat lelah belajar, akhirnya DIPLOMA dah ade pada CikRuby. yang penting, ilmu yang ada kene kembangkan lagi. ilmu tu susah nak dapat. sampai berhutang-hutang kan? heee. 

stop bermadah pujangga. time for story. CikRuby bertolak dari BP dgn BUAH HATI, awal pagi. jam 7 dah bertolak untuk ke JB. hari Sabtu, 08/12/12. mase ni, ade raptai & pendaftaran. dari jam 10 pagi sampai laaa jam 3.30 petang. lambat kan. ramai graduan. mase nie, penat, lapar & mengantuk sangat. tahan je la. datang-datang, jumpa balik dgn kawan-kawan. waa, soooo excited!! dari jauh mereka perhatikan CikRuby, sampai kt mereke. "ruby, kenapa makin kurus? tapi pipi tembam! " aik, CikRuby dah pelik dah. kurus ke? ape-ape lah. dah berjumpa. macam-macam cerita. ade yang dah bekerja as staff nurse. syukur Alhamdulillah. tahniah. ade yang, nak amik LJM, 13/12/12 nie. Good Luck! ade yang stay at home. tak ape, belum ade rezeki kite. kite? heee. Habis sesi pendaftaran dan raptai, CikRuby pon pergi mengisi perut yang kosong, kosong, kosong.. heee. then check in di Tropical Inn Hotel. waaa,. sangat penat. 


testing!
yeay! 09/12/12. convocation day! super excited. tapi, dek kerana penat. terlambat pula datang ke Persada. hee. datang je. terus sarung jubah. beratur bersama rakan. meletop u all. cantik!! yang lelaki, smart & handsome. hee. bile dah beratur. nama pon diberi. nama tu nanti kene  bg pada pengacara majlis. bile die announce baru kite naik. dah beratur seawal jam 7.30 pagi. bergerak masuk dewan, lebih kurang jam 10 pagi. lame tak lame la berdiri. ade yang kakinya dah penat. almaklum, pakai heels kan. nasib la CikRuby pilih kasut yang ala-ala wedges. so, relax je cik kaki. tiba masanya perarakan graduan. wah, tetibe takut. ramai nye orang! cool lagi. terus ke barisan tempat duduk. tunggu semua masuk, nyanyi lagu then baru duduk. alhamdullillah, lege.

majlis pon bermula. alahai, ngantok pula. turn Chairman Board of Governors INSTEDT berucap & merasmikan. wah, ucapan yang mebina! nak nagis pon ade jugak. terharu. teringat kenagan sewaktu jadi mahasiswi. kenangan praktikal. belajar. waa. cool lagi. dah habis, okay. turn penganugerahan diploma. naik pentas la tu. adui. dah seram sejuk nie. takutnya. okay, CikRuby's turn. akak tu dah pesan, " jangan lupa tengok camera ya". of course la kak, tak lupa. dah bayar kot. lagi pon, sekali je nie. hee.. super excited lau ade camera nih. bile graduan naik pentas, terpampang kat skrin besar. yela, family boleh tengok. buah hati kate CikRuby kecik je atas pentas. huuu. selesai turun pentas, Alhamdullillah. step pon okay. tak la nak tegolek. opss! hee

selesai majlis, keluar je dewan. buah hati tak ade. dah ke hotel untuk check out. semua orang jumpa family. pegang bunga. teddy bear. yang tak boleh nak control, ade yang pegang pooh. arghhh. nak nangis rasenye. cool lagi CikRuby. ramai orang nih. cari mak aza, untuk dapatkan handbag. baru lah bole call buah hati. okay, CikRuby bergambar ngan family orang lain dulu. kawan-kawan. hee. control perasaan lagi. perut lapar, terus ke dewan untuk makan. tengah makan, buah hati pon datang dan makan bersama. lepas je makan, baru jumpa adik dan nyaie (nenek). tengok dari jauh, ala tak ade hadiah ke. tak apa lah. tak penting!  dah datang pon, hadiah jugak. tiba-tiba..

SURPRISE!  SURPRISE! SURPRISE!

CikRuby dapat POOH. hee. dapat juga akhirnya kan. terima kasih. then bergambar la kejap ngan pooh & buah hati. siap je bergambar ke studio. studio lah sangat. photo shoot time!! like3.. done it. sesi pemulangan jubah & ambil trankskrip. ditemani oleh mama. mase nie, ade pulak yang nak bergambar bersama, buat kenang kenangan, kn? selesai semua. ke bilik solat, solat dan balik. tiba di kereta, tiba-tiba...


SURPRISE!  SURPRISE! SURPRISE!

ade HADIAH lagi. kali nie, ayah pula yang beri. sempena birthday & convocation day. terima kasih tak terhingga. ade makna disebalik hadiah nie. insyaAlllah akan jaga & guna dengan sebaiknya. insyaAllah. okay, jom balik. dah penat sangat nie. sebelum balik, pusing legoland kejap. oleh kerana penat sangat, CikRuby pon tertidur. dah nak sampai rumah, baru lah terjaga. sedang berehat-rehat. tiba-tiba...

SURPRISE!  SURPRISE! SURPRISE!

nyaie masuk bilik dan bagi hadiah. heee. banyaknya. alhamdullillah. TERIMA KASIH sangat. semoga mereka dimurahkan rezeki, dipanjangkan umurnya & diberi kesihatan yang baik. amin. insyaAllah.  tak lupa pada yang wish TAHNIAH. terima kasih ye.

Alhamdullillah, macam panjang kan entry ni. bukan macam tapi, MEMANG panjanag. hee. mesti ade yang meluat nak baca sampai habis kan. terima kasih pada sudi membaca. nak tengok picture tak? sikit la ye di FB. tak sabar nak tunggu picture atas pentas. hee teramat penat tapi gembira. dapat jumpa kawan. ade yang tak dapat hadir. semoga kita jumpa nanti.  insyaAllah kawan.

WassalaM

* saat bersama BUAH HATI, teringat DIA. terbayang. kalau lah dia ada. mesti dia turut gembira. tapi semua adalah bayangan. tapi,sebelum dia pergi, dia tahu. CikRuby menjejak kan kaki ke kolej. minta restu dan doanya. ya Allah rindu nya. Al-Fatihah. *

04 December 2012

i'm 21st

AssalamualaikuM

actually, dah lame ade mood nak menaip & hasilkn new entry. tapi malangnya, malas & tired. now mood memang benar-benar wujud. even ade je yang tak settle lagi nak konvo ni. so, mybe entry panjang. heee 

Alhamdullillah, 2/12/12 yg lepas, it's my birthday. baru lah 21 tahun. happy on that day. even work on half day. ke majlis kawin. ke rumah nenda. but HAPPY. seriously! banyakkkkkkkk sangat wish dari kawan. kat FB, SMS, CALL.. hee.. even, cam suram je birtday kali nie kalau nak dibandingkan dengan 20 tahun lepas la.. tapi, syukur Alahamdullillah.  kawan-kawan CikRuby wish birthday panjang lebar . and, and.. the best wish for me is... from DUBLIN. 

insyaAllah, & thanks.
CikRuby's uncle, 21 y/o.
TERIMA KASIH sangat, sudi wish. wish pon, buat CikRuby happy tau. senyum sampai ke telinga. heee.. SEMUA wish, tak dapat la nak post kat sini. terlalu banyak. pada yang wish nye tak di mention, jangan kecik hati pulak. okay? wish semua orang THE BEST. biar CikRuby simpan dalam diary hidup ni. 

umur pon dah 21 tahun, ade jugak yang sudi beri hadiah tau. yang paling sweeeeettt, BF CikRuby la. siap de entry yg special untk BF nye. nak tengok? nah.  [My everdearest..] then, ade dapat POOH! okay, mesti ade yang meluat dengan CikRuby. mesti ade pooh je kn? heee. tak apa, nak share jugak. pooh nie, kecik sikit dr yang ada. tadaaaaa....
  
from Ah Kooi & Aza, THANKS.
on 3/12/12. macam biasa la, kerja, kerja, kerja. datang dengan mood happy lagi. mood bufday girl tak hilang lagi. hee. bile dah petang2 tu, tiba. dipanggil untuk ke pantry. masuk je. semua nyanyi, happy birthday . ade cake, & siap de lilin lagi tau. waaa, seriously, nak meleleh air mata. tapi tahan. terharu sangat. mereka buat begini. TERIMA KASIH pada semua staff. siap de cupcake extra tau. hee.

chocolate blueberry strawberry cake.
yummy..
me & cake. 

syukur Alhamdullillah. last but not least ,actually hadiah paling best is KISS from my BUAH HATI on my birthday. thanks ALLAH. sekian.

WassalaM

## bila 2 disember datang, mesti teringat arwah. dulu, dia akan wish. dia yang bacakan doa selamat. then potong kek same. makan same. tapi tu semua dulu. sejak 3 tahun nie, tak ada semua tu. really, really miss that moment. miss him. Al-fatihah. ##

23 November 2012

JAWATAN KOSONG

AssalamualaikuM

hye readers! CikRuby lame dh tak update blog. sebab nye busy, no idea & penat! ade ke yang tunggu latest entry dr CikRuby? macam tak ada. huuu. ye la, CikRuby, bukan la Hanis Zalikha, Irine Nadiah Marcello, Cik Epal, Yuyu Zulaikha dan bukan juga Fatin liyana. dorang sume famous. kn2? sape lah CikRuby nih. tapi BF CikRuby ade tunggu latest entry dr CikRuby tau.! BUKTI.!!

sweeeettt tak?
okay, now CikRuby mencari JAWATAN KOSONG untuk jawatan STAFF NURSE. masih mencari & menunggu jawapan. berdoa, semoga dipermudahkan mendapat kerja yang lebih baik dr sekarang. ha! CikRuby kerja sekarang. sementara je. kat farmasi. jaga duit. kih3. nurse sekarang kene VERSATILE. 

penatkan bila menunggu. menunggu tak berusaha, tak ada lah hasil. menunggu tak bertawakkal pada Nya, tak ada juga hasilnya. yang penting kene bersabar. setiap orang ade rezkinye, cume lambat cepat. dimana-mana ada rezeki kita. muka bumi Allah nie luas. =) #adaMu

so, readers! sape ade tau atau ade info kerja kosong. atau ade nak tolong CikRuby dapatkan kerja kn. boleh hubungi CikRuby di talian. eh, FB je okay. =) ape guna kawan kalau tak tolong kawan sendiri. setuju? 

seriously, jealous pada kawan yang dah berkerja as staff nurse sekarang nih. tak pe, sabar CikRuby, rezeki awak ade, cume belum datang pada awak. 

okay lah, sampai sini saje entry kali nie. 

WassalaM

p/s: CikRuby share tentang dimana & sbgai apa CikRuby kerja, bukanlah nk bangga diri. tp FYI je. tak perlu berahsia. buat orang tertanya2. nnti pelbagai anggapan yg jadi. kn? tak elok begitu.


28 September 2012

di sebalik rasa.


AssalamualaikuM

entry kali nie, saje nak share ape yg CikRuby alami sebelum semasa & selepas exam besar iaitu LJM. lesen jururawat. mungkin, pada budak course lain. La, exam je kot 100 question MCQ, 2 jam 30 min. jawab jela. TAPI, pada budak NURSING. ia amat2 la menakutkan ade yg kate susah. ade yg kate senang. ade yg kate nasib. tapi tu semua pemikiran kita juga. yg penting usaha & tawakal. ade tips juga dikongsikan.

mase nak balik kolej, semangat sangat2. tetibe je.  tak pernah la cmtu. selalu, malas nak balik kolej. mase seminggu nak exam. waa, asyik terbayang je dah duduk dalam dewan, atas kerusi biru. dengan meje kuning tuu. tak rase takut lagi. mase ni, CikRuby busy minta orang doakn, mintak tips2 study saat2 akhir. alhamdullillah, mereka bagi tips yg sangat berguna alhamdulllillah juge la, CikRuby gune tips tu. ade yg bagi semangat. & paling penting. i'm changed & sacrifice my time. tak de online FB 24hours. hee sebelum nak exam juga, DEMAM. dugaan.

mase hari kejadian 19/9/12, CikRuby relax lg. tp, ya Allah abdominal pain. sakitnye. cool lg, maybe sebab nak exam kot, takut sangat. bile dah dapat slip exam, beratur naik dewan. waa, mase nie. baru tetibe. jantungku berdegup pantas. seram sejuk. selawat jela banyak2 mase nie. dah tiba kat depan pintu dewan nih, kne check jap mcm polis check tuu. cool lg, cari tempat duduk. haa, ini dia. duduk dengan bismillah. aduh. sakitnye perut nie. cool lg, dengar jap pe pengawas nak kate. selesai je, semak soalan. ya Allah, kenape soalan cam nie. subhannallah. Astagfirullah. seriusly, susahnye. belek2 lagi. fuhh. bole ke jwb nie.?? bile kate bole MULA JAWAB. dengan lafaz bismillah. CikRuby pon jawab. aduh, sakit perutttt. tak kan awal2 dah nak ke toilet. jap lg la. jawab punye jawab. sampai berpeluh2. confuse dengan jawapan. sambil mulut nie istighfar. tak tahan dh sakit ni, ke toilet. ade pengiring. siap kene soal, kenape tak ke toilet semua sebelum masuk dewan exam? alamak, saye tetibe sakit la miss, nak buat cmne. huu ikut jelh pengiring tu. sampai je toilet, VOMIT pule. ( tak senonoh pule la hai CikRuby) adui., tak larat rase. teringat buah hati. teringat paper exam tadi. huh, kne kuat!! lg berape solan tah yg kau tak jawab lg CikRuby. okay, balik ke meje exam. waaa. banyak lagi tak jawab. mase cam sikit lagi je. okay2, makan gule2 dulu. energy, jangan sampai hypo, pengsan pule. de 1 yg buat CikRuby susah hati, kat tepi OMR tu, ade hitam2 kan. untuk mesin tu bce. laaa. ade contengan dari bontot pensel stabilo tu. adui ai, cmne ni. baru awal2 td pengawas kate tak boleh de pape conteng. berusehe padam sampai bersih. opss, jangan kene yg hitam nanti tak boleh baca.. hish, time nie cuak sangat.. bole la, hilang jugak pe yg terconteng tu. huh! alhamdullillah. tp, riasu sangat. bile tgok jam, mase dah nak habis. check sume jawapan. aik,. 1 tak jawab lagi. so, tengok soalan bace, fikir, & jawab. MASA JAWAB TAMAT. 2 jam setengah. macam tak cukup. bile OMR tu dh dikutip, di masukkan dalam envelope. waaa. lagi la berdebar. sambil doa, ya Allah. moga jawapan aku dan kawan2 diterima dan LULUS lah hendaknya. aminn... keluar je dewan, nampak muke2 kawan. ade yg senyum. bile tanye. susah tak?. die jawab. pergh, susuh la wei. ade yg bergelinang air mata haa, CikRuby la tuh. heheh seriusly, memang bad mood la. dengan keadaan yg macam tadi tu. siap vomit pula. soalan pula. nak nagissss. buah hati dah sampai. soalan pertamanya. bole jawab? alhamdullilah boleh. hee. lemparkan senyuman, air mata pon nak mengalir dah nih. cool ruby cool. 

bile dah lepas exam nie, rase lagi takut. Allah je yg tahu. bg tahu kat BF. dia bagi kate semangat. dan lagu. AdaMu by najwa latif. dengar betul2 lagu tu. boleh bagi semangat,. Allah sentiasa disisi. dia nasihat, sentiasa doa tawakal banyak2. mule cool balik. bile tau result dah keluar, sejuk nie ha 1 badan. beristighfar banyak. sambil nangis. terfikir penat lelah buah hati cari rezeki. penat lelah diri yg berusaha. orang yg beri semangat. orang yg mendoakan. macam2 terbayang. terbayang tak lulus macam mana. ya Allah, Ruby think positive, kau dah usaha dah. kau bole punye. bile tgok je senarai nama, ya Allah, alhamdullillah. alhamdullilah, alhamdullilah. LULUS ak akhirnya. sambil nangis. memang tak percaya tp alhamdullillah . terus call buah hati. bagi tau. mereka kate tahniah, mereka lagi happy.  bagi tau cinta hati. tahniah juga. bagi tau kawan, die kate tahniah. bagi tau BF, alhamdullillah. tak terkata happy.

okay lah sampi sini je CikRuby nak cerita. panjang kn? harap benda baik, diambil dan diamalkan lah ye. CikRuby bukan lah orang yg pandai nak beri nasihat atau semangat, tapi dengan cara ini, bole kot bagi semangat kat kawan2 yang belum ambik LJM & terkandas tu. 1 yg cikruby harap dr korang . DON'T GIVE UP. Allah sentiasa disisi anda & doa dari semua orang ade untuk anda. ade hikmah semua ni. okay? memang sedih, down, malu. CikRuby pernah rasa, tp muhasabah diri. dekatkan lagi diri pada Allah. insyaAllah, rezeki & kejayaan tak kemana. minta maaf kalau cerita diatas ade unsur2, BERLAGAK/RIAK. ini cerita REAL ape yg CikRuby alami. segala keburukkan datang dari diri CikRuby, yg baik dari Allah. jasa, doa, dan ilmu yg telah diberi tu, hanya Allah dapat membalasnya. 

okay, antara TIPS yang diberi pada CikRuby yang nak dikongsikan.
1) buat soalan bank Q. 
2) baca surah yaasin setiap hari untuk penerang hati. 
3) tido awal malam sebelum exam. prepare barang2 ke dewan petang sebelum exam
4) orang berusaha akan peroleh kejayaan. bg yg, rase tak yakin. like me. tett..
5) dah usaha, awak tawakkal je okay. (lect yg cakap, sampia sekarang terngiang-ngiang)
6) minta maaf & restu dari semua orang.
7) jangan stress. (tp kadang kala, kita stress tanpa disedari)
8) minta doa dari orang lain. (ini cikruby punya tips, hee)  
9) solat hajat. (teringat mase buat ramai2 di masjid, diimakna kawan sendiri.)

semoga, ape yang dikongsikan beri manfaat. jangan TERLALU gembira dengan kejayaan hari ni. bersyukrlah. bile2 masa, Allah boleh tarik nikmat ni.  sekian. 
TERIMA KASIH SEMUA.
WassalaM

p/s:1st time, tak balik rumah selama 3 minggu. tak merayap. duduk diam di hotel sahaja..

19 September 2012

24 Days Only.

AssalamualaikuM

macam dah lame sesangat CikRuby TAK update blog. yeke lame??
okay, new entry kali ini pasal 24 days only.  dr 27 OGOS hingga 19 SEP 2012
ape yg terjadi pada 24 days nie atau revision week.
macam2 berlaku tau dalam 24 days nie.
suka, duka, tangisan, kejutan, kekecewaan, kesedaran diri, perubahan.
semuanya berlaku dalam tempoh yang singkat.
hari2 lah, CikRuby & kawan sume countdown 
untuk ke tarikh paling penting, 19/09/2012. 
tapi yang paling penting kami SEMANGAT!

okay, CikRuby share, beserta gambar. baru best!!!

ehem2 tak de gambar, 2nd day kat sane dah de KEJUTAN. 
1) trial 2) ade kawan2 CikRuby kene ambil exam bulan Dec. 
time nih, terkejut! sedih! hampa!
tapi ade hikmahnya kawan2. haihh..

our 1st FRIDAY 07/09/12. with baju kurung. heee
excited pula. nak ke TRIAL nih.


the BEST day lah makan FREE. 
JAMUAN RAYA on 12/09/12. heee

SEBELUM ke jamuan raya..
with fiza. without k. shima.


NEW ROOMATE.
nak kenal yang mane, tell me okay. 

SELEPAS jamuan. 

14/09/12, 2nd FRIDAY taklimat peperiksaan dengan lecturer.
habis taklimat, ber COOL BLOG . santai2.

WITHOUT baju kurung. 2nd last day eith fiza.
16/09/12 CikRuby DEMAM.

gara2 MALAS makan ubat & SAJE2.
Alhamdullillah, dh baik dh.
kawan2 yg pakse tu, terima kasih! yang belikan jugak!
19/09/12 last day.
tak ade gambar cume kenangan je.

okay, sampai sini dulu entry kali ni. ade mase nak sambung nanti.

WassalaM

p/s: next entry tentang debaran 19/9/12. 

01 September 2012

kawan kawin.

AssalamualaikuM

Alhamdullillah, selamat lah sorang kawan CikRuby nikah.
Alhamdullillah, my mom & athers drive safely, smpi kat destinasi dituju.
Alhamdullillah, dapat jumpa kawan2. teringat zaman sekolah.
korang yang GIRLS, cun & awesome!
yg GUY pula, kacak bergaya.!

sampai2, kat kluang. nak cari rumah mempelai pula, terpusing2 map CikRuby pegang.
dah sampai dirumah mempelai, waaa.. ramai nye kawan dah sampai. 
ade orang BP tu tegur, "hye, baru sampai?" CikRuby jawab la, "ye"
then, BF sambut kite. teruja! heee 
tengah makan, kawan pula datang kat meja CikRuby & mom, bersalaman..
"hyee!!! eh, tangan kotor la." CikRuby kate kat sume.
aik, cam lain je la, dorang serbu meje kami. kih3. perasaan!!
then, sesi bergambar ngn pengantin la. sambil tunggu, borak2.
"blaja mane?" "dah habis?" " amik ape?"
common question. hee
ade pulak, sorang ni.. "hye, mane pakwe kau?" CikRuby dgn selambe jawab " jauh laaa.."
yg die pulak kate, "tu la yg dekat2 ni tak nak", CikRuby "tak nak la". hahahah
haih, macam2 la kawan Cikruby nie.
ade pula, tetibe de kate. " CikRuby kan artis" sambil tu de  la kawan2 amik pic..
choiii la, artis pe nye lah CikRuby nie. hahaha
paling tak leh nak lupe, de sorang kawan dekat dengan CikRuby then..
"eh, ruby pipi tembam la.. macam dulu..tapi sekarang semakin tembam" 
(sambil pegang pipi CikRuby) malunye CikRuby. " Alhamdullillah" tu je mampu jawab.
nampak, kawan2 LELAKI pula, 
men angkat kening, senyum & hye2 je...hahah..

at last, dapat jumpa pengantin! snap picture dulu la...
si pengantin, "eh, aku baru nampak kau, mane mak?" 
CikRuby, "eh, baru nampak aku, huu.. ade.."

okay, masing2 dah penat & lewat. nak balik jauh2 belaka.
maka, berakhirlah, semuanya. heee
nak balik, ade pulak yang tanya CikRuby.
"balik mane?" CikRuby dengan sesuke hati jawab "umah laki"
"hahah, umah lakiii.." mereka berkata...
sory, CikRuby dah terOVER bergurau. mungkin. heee.

sedikit picture disnap oleh my fren NURSHAKIRIN.

RABIATUL ADAWIYAH nama kami sama, tapi status kami berbeza. heee 

BF.
antara 17gent yg hadir.
banyak lagi gambar, kawan2 yang cun melecun tu. 
tapi biar hanya di FB.
sampai disini je.

SELAMAT PENGANTIN BARU.

RABIATUL & AZRUL

 WassalaM.

MOOD:
amat seronok jumpa kalian. harap bertemu kembali.
okay, CikRuby akan pulang ke pangkuan KOLEJ, untuk REVISION & LJM. doakan ye kawan.
TERIMA KASIH pada kawan CikRuby, dah benarkan amik pic dari die & snap pic CikRuby ngn BF ye. banyak kot, pic kami.hee


17 August 2012

Iftar

AssalamualaikuM

14/08/12 yang lepas.
CikRuby telah dijemput untuk menyertai 
 iftar bersama rakan-rakan je. ber 7 orang je. 2 boys.
rakan-rakan nie pule, a TEACHER to be.
terselit a NURSE to be sorang. hee..
teacher ni semua ade tugasan, tak silap PBS
buat kat 1 sekolah yang sama.

tempat iftar di Restoran Madinah, BP. (kalau tak silap) 
yang tempah makanan, set tempat , boy okay.
makan okay, tempat okay, harga okay, ade tempat solat.
Cikruby excited sebab nak jumpa 
kawan JAUH & kawan LAMA
super duper excited tau!!.

Allah izinkan jumpa sekejap je. tak sempat nak borak ape sangat la
tp, syukur Alhamdullillah dapat jumpa mereka.

okay, CikRuby nak share pictures macam biasa..
untuk sekadar perkongsian...
kalau tak nak tengok, tutup mata habis cerita.

ZANA, 
ini kawan mase sekolah SMAKJ.
die pindah mase habis PMR, same lah dgn CikRuby
2012 baru jumpa kembali.

lame giler tak jumpa. awk tak berubah okay.heee
IKA
kawan CikRuby ni. rindu sgt dgn die.
maceh awak, bawak kite.

CikRuby diapit TEACHER to be.

KAMARIAH
kwan ZANA & IKA kat IPG mereka
cik akk nie yang amikkan pic yang kat atas nih.
she's nice.

WassalaM

p/s: sumber Pictures dr phone ZANA, CikRuby TAK snap langsung. pelik kn? CikRuby lagi pelik.
lagi, CikRuby makan semeja dgn JIRAN, yang tak pernah-pernah jumpa. masing2 busy.

14 August 2012

Suka & Duka

AssalamualaikuM

Salam Ramadhan. dh nak habis da kn bulan puasa.
mesti rindu nanti. entah jumpe tak tahun depan. =)

okay, mule cerita dengan
Bismillahhirrahmannirahim....

13/8/12 CikRuby dapat 1 mesej dr BF
atuk kepada BF CikRuby, telah meninggal dunia selepas 100 hari pemergian neneknya.
innalillah, & salam takziah.
sama-sama doakn rohnya dicucuri rahmatNya & BF CikRuby tu tabah. 
amin, Al-Fatihah.

14/8/12 Cikruby terima lagi 1 mesej dr kawan rapat since sekolah menengah,
ayah nye meninggal dunia.
ya Allah, betul-betul tersentap hati bile dpt sekali lagi mesej tersebut.
hanya Al-Fatihah & semoga rohnya dicucuri rahmatNya untuk ayah dia, 
salam takziah & berharap agar tabah menempuhi ujian ini untuk dia.

bile dapat berita ini, terus CikRuby sampaikan pada mak Cikruby.
mak terus kate.
"bayangkan, kalau itu ayah dan ibu anda yang pergi disaat anda masih memerlukan
dan hari raya dah nak dekat."
seriously, terdiam dan terbayang. sedihnye. itu dari mulut kita
tapi hati, Allah je yg tahu.
CikRuby kehilangan datuk pon, dah terasa amat kesedihan & kerinduan.
subhanaAllah..
terima kasih mak, ingat kan CikRuby

Ya Allah, betapa sedihnya dengan kehilanagn orang disayangi.
kita masih hidup, teruskan hidup dn ingatlah kematian selalu dekat dgn kita.

actually, 14/8/12 nie juga.
CikRuby retest & alhamdullilah lulus.
tapi, semasa test dijalankan. ya Allah, geram sangat-sanagt dengan tester tu,
THE SAME TESTER. 
sape? ala yg Cikruby ade share tu kt Bengan Lagi Membengangkan
pakcik nie do the same. tapi kali ni lebih pd psycho.
ade pulak suruhnye CikRuby MENGURAT die. adui ai.
bile Cikruby cakap die tu dh de bini & anak
eh, die tanya kite balik. "anak dengan sape? sy nk anak dengan awak?"
hey, istighfar je lah dalam hati ni. takut yg amat tau.
haish, subhanaAllah.
mak kate, ade jugak orang cam nie yerk. bulan-bulan puase ni ha.
CikRuby teringat comment kat entry yang lepas.
encik Abu Muhamad ade kate berkemungkinan
die nak pancing, nak borak2 benda yang menaikkan syahwat.
betul juga ye. alhamdullillah, Allah selamat kan CikRuby

kalau tengok situasi CikRuby nie kan,
sekali lagi CikRuby terfikir.
adakah Cikruby bersangkan buruk pada pakcik ni.???
tapi, ape motif die kate begitu???
saje nak gurau???
ape-ape pon, segalanya berakhir.
alhamdullillah, alhamdullillah, alhamdullillah.

WassalaM

p/s: menangis bukan  dikala kesedihan sahaja, takut, rindu & gembira cukup buay ak menangis.

06 August 2012

Bengang Lagi Membengangkan!

AssalamualaikuM

CikRuby telah hadapi 1 ujian.
Alahmdullillah, walau pun tak lah LULUS
tp CikRuby tahu ini ade hikamh nye.
sedih tu, sikit la..
tapi BENGANG yang amat sangat.
ALLAH je tau
knp?? kat bawah nie DIALOG antara CikRuby ngn hamba Allah ini.
CikRuby gelar "pak cik"okay.. mmg taraf pakcik pon.
seriously, CikRuby jawab semua pertanyaanna dengan "nak tak nak".

Pak cik     : awak tak kerja ke?
Cik Ruby : tak.
Pak cik     : abis awak buat ape?
Cik Ruby : baru habis blaja, tunggu untuk exam je.
Pak cik     : exam ape?
Cikruby    : Lembaga Jururawat.
Pak cik     : ouhh. belaja kat mane?
Cik Ruby : kolej swasta kat Bandar Penawar.
Pak cik     : ouhh. INSTEDT ye.?
Cik Ruby : ye.
Pak cik     : berapa belaja?
Cik Ruby : pinjam PTPTN, rm 60000
Pak cik     : huu. berapa lame.?
Cik Ruby : 3 tahun, diploma je.
Pak cik     : ayah kerja ape?
Cik Ruby : contract je.
Pak cik    : patot lah, kaye.. rumah kat mane?
Cik Ruby : mane ade kaye. taman .......
Pak cik    : adik beradik berape?
Cik Ruby : 3 orang.
Pak cik    : anak keberape?
Cik Ruby : pertama.
Pak cik    : bile nak kawin? 
Cik Ruby : ehh. lame lagi..
Pak cik    : mane boleh lame lg. anak pertama kene kawin cepat.
Cik Ruby :ehhh, lame lagi lah..
Pak cik    : balak kerja ape.?
Cik Ruby : ( eh, ape punye soalan nie)  kerja .....
Pak cik    : boleh eh cmtu?
Cik Ruby : (hanye senyum)
Pak cik     : 1 tempat belaja ke?
Cik Ruby : tak lah.
Pak cik     : abis tu?
Cik Ruby : terjumpa. 
Pak cik    : dating pegang2 tangan x?
Cik Ruby : ha? mane de..
Pak Cik   : yeke? tak kan la..
Cik Ruby : tak la. dating pon tak.
Pak cik    : kenapa tak dating..
Cik Ruby :(aduhhh) jauhhhh
Pak cik    : ape la, ade balak tak dating.
Cik Ruby : hmmmm (dalam hati je)

lepas je die tanya2 tu.. rase cm.. arghh!! ape la punye soalan..pakcik2

WassalaM

nota: CikRuby share ni bukan nak MENGAIBKAN hamba Allah ini.
meskipun, tak mention siapa gerangannya.
pada CikRuby, memang tak salah bertanya, tp it's time your work. 
orang ini sepatutnya lebih PROFESIONAL ketika dalam tugasnya.
lagi2 beruniform even bukan ditempat kerja.
jadi korang, lau kerja mesti proesional tau. =)

**ape pula kate korang sume tentang dialog ini??**

aku hanya bersabar.

30 July 2012

Makan Secara Sihat Di Bulan Ramadhan



AssalamualikuM

CikRuby saje nk share untuk kebaikan bersama
"sesungguhnya,  2 nikmat yang manuasia slalu lupa adalah nikmat SIHAT & masa "

Kepentingan berpuasa untuk kesihatan

# Puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga 
serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
# Dari segi kesihatan, berpuasa adalah penting untuk 
merehatkan sistem penghadaman setelah 11 bulan bekerja.
# Berpuasa juga boleh :
-Mengurangkan berat badan.
-Merendahkan paras kolesterol darah.
-Merendahkan kandungan gula dan trigliserida dalam darah.
-Merendahkan tekanan darah.
# Nabi Muhammad SAW juga ada menyebut 
"perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit dan amalan
 pemakanan yang betul adalah sumber ubat".

Khasiat dan kebaikan buah KURMA

# Mengandungi hanya 60 kalori bagi 3 biji buah kurma bersaiz sederhana.
# Mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin A, C, B1 & B2. 
Ini membekalkan nutrien penting untuk tubuh.
# Mengandungi gula ringkas seperti fruktosa dan dekstrosa
 yang bertindak sebagai 
tenaga segera yang mampu mengembalikan tenaga dan 
mencergaskan badan dengan cepat.
# Kaya dengan serat.  

Panduan pemakanan SEMASA BERBUKA

# Jangan gelojoh semasa berbuka. Seelok-eloknya berbuka mengikut sunnah.
# Mulakan dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong.
# Jika perlu, ambil hanya 1 gelas minuman manis semasa berbuka.
# Bersederhana dalam pengambilan makanan. 
Jangan makan berlebihan atau mengikut nafsu.
# Kurangkan pengambilan makanan yang boleh memudaratkan seperti 
makanan yang berlemak, berminyak, tinggi garam dan tinggi gula.

Panduan pemakanan SEMASA SAHUR

# Ambil makanan yang mengenyangkan seperti nasi, roti atau oat.
# Ambil buah dan sayur.
# Minum air secukupnya.
# Lewatkan waktu bersahur.


AMALAN PEMAKANAN yang MEMUDARATKAN di bulan puasa

# Makan berlebihan semasa berbuka. 
Ini boleh meningkatkan berat badan walaupun di bulan puasa 
dan malas untuk melakukan ibadat.
# Makan makanan berat semasa moreh dan tidur sejurus selepas makan. 
Ini boleh mengakibatkan ketidakhadaman.
# Minum banyak air manis semasa berbuka dan bersahur.
Ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah 
dan boleh memudaratkan terutamanya bagi pesakit diabetis.
# Kurang mengambil buah dan sayur. 
Ini boleh mengakibatkan sembelit.

PANDUAN membeli atau menyedia JUADAH BERBUKA

Memandangkan kita membeli dalam keadaan lapar, 
nafsu membeli perlu dikawal dan elakkan pembaziran dengan :
# Membuat catatan senarai makanan yang perlu sahaja untuk dibeli.
# Mengutamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan 
ataupun menggunakan minyak secara minima.
# Mengurangkan membeli kuih-muih yang manis serta bubur manis.
# Mengelakkan membeli air minuman yang dijual. 
Sebaik-baiknya, sediakan sendiri air minuman di rumah.
# Masak sendiri  makanan untuk berbuka puasa dan 
elakkan makan atau berbuka di luar seperti di hotel dan restoran. 
Dengan cara ini, kita dapat mengawal pemakanan di samping 
menghadkan penggunaan minyak dan garam di dalam masakan.
# Jika membeli di luar, pilih gerai yang bersih dan makanan yang bertutup.

TAMAT

terima kasih kerana membaca, share la pada keluarga kawan & insan tersayang.
marilah sama-sama kita amalkan makan secara sihat untuk sihat sepanjang hayat.
sumber: Portal Rasmi KKM

WassalaM

21 July 2012

Puasa

AssalamualaikuM

PENGERTIAN & HUKUM

Pada Bahasa: 
menahan diri

Pada syarak:  
menahan diri daripada makan, minum dan daripada sesuatu perkara
 yang membatalkan puasa mulai daripada 
terbit fajar hingga terbenam matahari.

Hukum:
wajib fardhu ain keatas setiap orang yang mukhalaf sama ada lelaki atau perempuan.

TUJUAN & MATLAMAT BERPUASA

# menjadi wasilah (hubungan rohani) antara sesorang hamba & tuhannya
# dapat mengendalikan hawa nafsu dari keinginan yang tiada terbatas & menyalurkannya pd jalan yang diredhaiNya
# dapat menginsafkan diri sendiri bahawa kita adalah hamba ALLAH yang lemah
# dapat mendidik jiwa untuk metaati segala suruhan Allah & RasulNya.
# dapat melatih diri bersabar, tabah dalam menghadapi penderitaan, kesusahan dan segala cubaan dariNya
# mendatangkan perasaan kasih sayang & tolong menolong sesama manusia terutama kepada orang yang memerlukan
# boleh mendatangkan kesihatan & melatih diri untuk hidup lebih berdisiplin

PERKARA - PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

# memasukkan sesuatu kedalam rongga walaupun sedikit
# muntah dengan sengaja
# jimak dengan sengaja disiang hari
#mengeluarkan mani dengan sengaja, atau pun

WassalaM

p/s: nie ade video yang CikRuby tertarik nk share pd pembace blog ni.
silakanlah, tonton & hayati.. best la..! 

SELAMAT BERPUASA.

15 July 2012

Hari Keusahawanan

AssalamualaikuM

14 Julai 2012 CikRuby telah ke
Hari Keusahawana/Hari Kantin la dulu kite cakap
di sekolah adik CikRuby
SMK Dato' Bentara Luar, Batu Pahat.

at 1st nak masuk pintu pagar tu, alahai malunye sy.
yg ade mase hari tu...
warga SDBL (singkatan nme skolh tu),
parents sebab ade hari terbuka untuk Form 2 - Form 5,
ex-student SDBL..
so, CikRuby agak malu la pula nk masuk..

tp, dari jauh dh nampak budak sekolah beruniform lengkap Kadet Polis..
waaa, teringat zaman sekolah la..
sy pon pernah ditugaskan jage parking.. macam mereke..

ok, bile dh masuk sekolah tu..
waaaaa, banyak nye gerai..
macam- macam dijualnye.
makan tu biaselahkan..
bunga ros yang hidup tu pon dijual.
ape lagi. budak2 nie. beli bagi makwe.. cinta di bangku sekolah.. ahahah

kat sekolah nie, de promosi 'filem pendek'..
rase nak tengok pule..
ajak la si adik Cikruby & kawan die tu Nasha.
ticket RM2 je. berbaloi. kagum ngn budak sekolah, bole buat filem pendek.
setaraf dgn yg kat youtube lh.. huu.. klaka je ceritanye..
siap buat iklan MOUNTAIN DEW lg. 
ouh ye, tajuk nye SOMBIE.. 

then habis tgok cerita, mula la..
jalan ke semua gerai..
tak tau nak makan ape..sume sedap je..
lastly, beli EGG TART. air. tu je lah adik CikRuby belanje.thanks adik.

okay, CikRuby nak share pictures macam biasa...
untuk sekadar perkongsian...
kalau tak nak tengok habis cerita..


Nasha, Izzah, CikRuby
ini tiket filem pendek itu.
nice movie. ramai weyh tgok. naseb cpt..
9a.m. yg 1st ok..

air nie sedap. ade pearl ye. hee thanks adik.

EGG TART
RM4 untuk 1 bekas nie..
sedap la, tp manis sgt . huu
suasana jam 12.40 p.m.
masing - masing beransur pualng.


maaf la, muke entah ape-ape je.



WassalaM.
p/s: dah nak masuk RAMADHAN. sy rindu moment Ramadhan yang lepas .. 

03 July 2012

PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER

AssalamualaikuM

PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER??
ape kaitan ngn CikrRuby eh. 
ade kaitannye.
CikRuby saje2 je email picture CikRuby kpd pihak ini
untuk PENCARIAN MODEL MAKEOVER

jadi. ia akn dijuri dgn LIKE terbanyak.
entry kali ini untuk promote la..heheh
jangan marah ha..
macam mane nak LIKE?
ok, CikRuby bg link nye..

1st step: like FB PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER
2nd step: like la picture CikRuby 

 CikRuby terima kasih la pd yg LIKE tu. thanks =)

WassalaM

p/s: please LIKE. 

26 June 2012

Vacation.

AssalamualaikuM

Alhamdullillah, CikRuby baru je balik bercuti..
bercuti nie ade sebabnye..
sebabnye, mama CikRuby de kursus kt Janda Baik, Bentong, Pahang..
jadi, CikRuby & famly gi lah bercuti TANPA mama.. sedihhh hoo..

perjalanan dr Batu Pahat jam 5.15pg hari jumaat..
awalkan? ye la nak elak kesesakkan di bandaraya KL tu.
jam 6pg cmtu, berhenti kat R&R Pagoh..
solat & minum.. perjalanan dieruskan..
jam 11pg sampai la di Janda Baik, Pahang..
waaa, best nye.. suasana betul2 kampung..
almaklum, duduk taman.. xde kampung pulk tu CikRuby nie..
excited sikit! heee
sampai je terus cari tempat mama kursus untuk pendaftaran..
da tu, tinggalkn je mama kat situ, 3 hari 2 malam..

CikRuby & famly pon beransur mencari makan tengah hari..
mencari hotel untuk menginap malam tu..
hasil perbincangan, nak stay di Genting Highland...
so teruskan perjalanan & akhirnya.. 
tiba di Genting View Resort.
waaa, selese.. sume ade.. harge pon okay..

keesokkan nye pula, CikRuby & famly ke Taman Tema Genting Highland.
niat nk naik cable car, tak dapat. sebab de masalah teknikal.
ke taman tema pon da tak de mood so, jalan2 je laa..
tengok persembahan magic..
then terus balik sebab da nk petang.. nak cari homestay pule..

bile dh di Janda Baik, cari lah homestay yang de sungai..
dh nampak dh mase hari semalam.
yes! call orang tu & cari office nye..
oaky get it.. okay jgk la.. 
tp, nak dibandingkan hotel semalam ngn homestay yang nie..
better semalam. harganye. kelengkapannye.
inilah sebabnye nak mandi kat sungai tuu... ahahha..
sampaikat homestay tu dh jam 6ptg lebih camtu..
mandi, solat then lepas solat maghrib semua tido da..
nasib da makan da sebelum tu..

keesokkan harinya, CikRuby & famly pon kluar..
cari breakfast katenye, lunch yg CikRuby & famly dapat.
alhamdullillah..
balik je dr makan, terus terjun ke sungai..
hee, sronok2..
jam 2.30ptg amik mama. 3ptg lebih camtu gerak balik ke Batu Pahat..
Alhamdullillah, 9mlm selamat sampai di rumah..

okay, CikRuby nak share pictures macam biasa...
untuk sekadar perkongsian..
kalau tak nak tengok tutup mata habis cerita...

nie lah, kat Genting view Resort.
name appartment nie Ramin, bnyk appartment kt sini.
dah turun dr Genting Highland, ke strawberry farm.
boleh petik sendiri timbang dan bayar..
nie lah hasilnya, ayah CikRuby yang petik..

LAVENDER FARM
nk exit dr strawberry farm tu, lalu bnyk farm.
nie salah satunye. cantik2..

ROSES
bnyk wrne sbnrnye rose kat sane.. cantik2.
x bole petik ye, lau tak memang CikRuby petik..heee

GIANT CABBAGE
besarkn cabbage tu.. de kat farm tu jugak..

the GIANT PUMPKIN
haa, nie memeranjatkan Cikruby..
subhannaAllah, besarnye labu tu..,
real tau..
ok, lah setakat nie je . bye.
WassalaM

P/S: maaf la, entry kali nie PANJANG sedikit. heee ade cerita HOT lg, tunggu yee. sayang u all.
ini je tau pic boleh share.. heee


ღ suke CikRuby ღ