-->

30 July 2012

Makan Secara Sihat Di Bulan Ramadhan



AssalamualikuM

CikRuby saje nk share untuk kebaikan bersama
"sesungguhnya,  2 nikmat yang manuasia slalu lupa adalah nikmat SIHAT & masa "

Kepentingan berpuasa untuk kesihatan

# Puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga 
serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
# Dari segi kesihatan, berpuasa adalah penting untuk 
merehatkan sistem penghadaman setelah 11 bulan bekerja.
# Berpuasa juga boleh :
-Mengurangkan berat badan.
-Merendahkan paras kolesterol darah.
-Merendahkan kandungan gula dan trigliserida dalam darah.
-Merendahkan tekanan darah.
# Nabi Muhammad SAW juga ada menyebut 
"perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit dan amalan
 pemakanan yang betul adalah sumber ubat".

Khasiat dan kebaikan buah KURMA

# Mengandungi hanya 60 kalori bagi 3 biji buah kurma bersaiz sederhana.
# Mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin A, C, B1 & B2. 
Ini membekalkan nutrien penting untuk tubuh.
# Mengandungi gula ringkas seperti fruktosa dan dekstrosa
 yang bertindak sebagai 
tenaga segera yang mampu mengembalikan tenaga dan 
mencergaskan badan dengan cepat.
# Kaya dengan serat.  

Panduan pemakanan SEMASA BERBUKA

# Jangan gelojoh semasa berbuka. Seelok-eloknya berbuka mengikut sunnah.
# Mulakan dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong.
# Jika perlu, ambil hanya 1 gelas minuman manis semasa berbuka.
# Bersederhana dalam pengambilan makanan. 
Jangan makan berlebihan atau mengikut nafsu.
# Kurangkan pengambilan makanan yang boleh memudaratkan seperti 
makanan yang berlemak, berminyak, tinggi garam dan tinggi gula.

Panduan pemakanan SEMASA SAHUR

# Ambil makanan yang mengenyangkan seperti nasi, roti atau oat.
# Ambil buah dan sayur.
# Minum air secukupnya.
# Lewatkan waktu bersahur.


AMALAN PEMAKANAN yang MEMUDARATKAN di bulan puasa

# Makan berlebihan semasa berbuka. 
Ini boleh meningkatkan berat badan walaupun di bulan puasa 
dan malas untuk melakukan ibadat.
# Makan makanan berat semasa moreh dan tidur sejurus selepas makan. 
Ini boleh mengakibatkan ketidakhadaman.
# Minum banyak air manis semasa berbuka dan bersahur.
Ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah 
dan boleh memudaratkan terutamanya bagi pesakit diabetis.
# Kurang mengambil buah dan sayur. 
Ini boleh mengakibatkan sembelit.

PANDUAN membeli atau menyedia JUADAH BERBUKA

Memandangkan kita membeli dalam keadaan lapar, 
nafsu membeli perlu dikawal dan elakkan pembaziran dengan :
# Membuat catatan senarai makanan yang perlu sahaja untuk dibeli.
# Mengutamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan 
ataupun menggunakan minyak secara minima.
# Mengurangkan membeli kuih-muih yang manis serta bubur manis.
# Mengelakkan membeli air minuman yang dijual. 
Sebaik-baiknya, sediakan sendiri air minuman di rumah.
# Masak sendiri  makanan untuk berbuka puasa dan 
elakkan makan atau berbuka di luar seperti di hotel dan restoran. 
Dengan cara ini, kita dapat mengawal pemakanan di samping 
menghadkan penggunaan minyak dan garam di dalam masakan.
# Jika membeli di luar, pilih gerai yang bersih dan makanan yang bertutup.

TAMAT

terima kasih kerana membaca, share la pada keluarga kawan & insan tersayang.
marilah sama-sama kita amalkan makan secara sihat untuk sihat sepanjang hayat.
sumber: Portal Rasmi KKM

WassalaM

21 July 2012

Puasa

AssalamualaikuM

PENGERTIAN & HUKUM

Pada Bahasa: 
menahan diri

Pada syarak:  
menahan diri daripada makan, minum dan daripada sesuatu perkara
 yang membatalkan puasa mulai daripada 
terbit fajar hingga terbenam matahari.

Hukum:
wajib fardhu ain keatas setiap orang yang mukhalaf sama ada lelaki atau perempuan.

TUJUAN & MATLAMAT BERPUASA

# menjadi wasilah (hubungan rohani) antara sesorang hamba & tuhannya
# dapat mengendalikan hawa nafsu dari keinginan yang tiada terbatas & menyalurkannya pd jalan yang diredhaiNya
# dapat menginsafkan diri sendiri bahawa kita adalah hamba ALLAH yang lemah
# dapat mendidik jiwa untuk metaati segala suruhan Allah & RasulNya.
# dapat melatih diri bersabar, tabah dalam menghadapi penderitaan, kesusahan dan segala cubaan dariNya
# mendatangkan perasaan kasih sayang & tolong menolong sesama manusia terutama kepada orang yang memerlukan
# boleh mendatangkan kesihatan & melatih diri untuk hidup lebih berdisiplin

PERKARA - PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

# memasukkan sesuatu kedalam rongga walaupun sedikit
# muntah dengan sengaja
# jimak dengan sengaja disiang hari
#mengeluarkan mani dengan sengaja, atau pun

WassalaM

p/s: nie ade video yang CikRuby tertarik nk share pd pembace blog ni.
silakanlah, tonton & hayati.. best la..! 

SELAMAT BERPUASA.

15 July 2012

Hari Keusahawanan

AssalamualaikuM

14 Julai 2012 CikRuby telah ke
Hari Keusahawana/Hari Kantin la dulu kite cakap
di sekolah adik CikRuby
SMK Dato' Bentara Luar, Batu Pahat.

at 1st nak masuk pintu pagar tu, alahai malunye sy.
yg ade mase hari tu...
warga SDBL (singkatan nme skolh tu),
parents sebab ade hari terbuka untuk Form 2 - Form 5,
ex-student SDBL..
so, CikRuby agak malu la pula nk masuk..

tp, dari jauh dh nampak budak sekolah beruniform lengkap Kadet Polis..
waaa, teringat zaman sekolah la..
sy pon pernah ditugaskan jage parking.. macam mereke..

ok, bile dh masuk sekolah tu..
waaaaa, banyak nye gerai..
macam- macam dijualnye.
makan tu biaselahkan..
bunga ros yang hidup tu pon dijual.
ape lagi. budak2 nie. beli bagi makwe.. cinta di bangku sekolah.. ahahah

kat sekolah nie, de promosi 'filem pendek'..
rase nak tengok pule..
ajak la si adik Cikruby & kawan die tu Nasha.
ticket RM2 je. berbaloi. kagum ngn budak sekolah, bole buat filem pendek.
setaraf dgn yg kat youtube lh.. huu.. klaka je ceritanye..
siap buat iklan MOUNTAIN DEW lg. 
ouh ye, tajuk nye SOMBIE.. 

then habis tgok cerita, mula la..
jalan ke semua gerai..
tak tau nak makan ape..sume sedap je..
lastly, beli EGG TART. air. tu je lah adik CikRuby belanje.thanks adik.

okay, CikRuby nak share pictures macam biasa...
untuk sekadar perkongsian...
kalau tak nak tengok habis cerita..


Nasha, Izzah, CikRuby
ini tiket filem pendek itu.
nice movie. ramai weyh tgok. naseb cpt..
9a.m. yg 1st ok..

air nie sedap. ade pearl ye. hee thanks adik.

EGG TART
RM4 untuk 1 bekas nie..
sedap la, tp manis sgt . huu
suasana jam 12.40 p.m.
masing - masing beransur pualng.


maaf la, muke entah ape-ape je.



WassalaM.
p/s: dah nak masuk RAMADHAN. sy rindu moment Ramadhan yang lepas .. 

03 July 2012

PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER

AssalamualaikuM

PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER??
ape kaitan ngn CikrRuby eh. 
ade kaitannye.
CikRuby saje2 je email picture CikRuby kpd pihak ini
untuk PENCARIAN MODEL MAKEOVER

jadi. ia akn dijuri dgn LIKE terbanyak.
entry kali ini untuk promote la..heheh
jangan marah ha..
macam mane nak LIKE?
ok, CikRuby bg link nye..

1st step: like FB PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER
2nd step: like la picture CikRuby 

 CikRuby terima kasih la pd yg LIKE tu. thanks =)

WassalaM

p/s: please LIKE. 

ღ suke CikRuby ღ